Tuesday, February 21, 2012

Surut dan pasang, mawar dan kumbang..

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


dalam kedinginan malam mencekam,
berwajahkan langit suram ,
aku melangkah diantara butiran pasir yang membenam.

desiran ombak pantai direntap surut berpanjangan
meninggalkan cerita-cerita hampar..

hidup ini tidak selalunya indah,
hidup ini tidak selalunya mudah,
hidup ini adakalanya pahit,
adakalanya sukar , kerana itulah kehidupan..

laut tidak selalu pasang, malam tidak selalu terang.

pun begitu diantara kesuraman , ada bintang yang meneman.
rebutlah bintang yang satu itu , jadikan ia matahari.
menyinar kehidupan yang menjadikan bumi ini hijau.
disulami jingga dan merah kuntum-kuntum bunga.
jadikan kehidupan ini taman mewangi,
mawar dan kumbang keriangan..

itulah kehidupan , tautan antara malam dan siang,
surut dan pasang , mawar dan kumbang,
jangan engkau kesali malam hanya kerana siang
jangan engkau kesali surut hanya kerana pasang,
kerana kehidupan yang sempurna harus begitu..

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space