Wednesday, September 26, 2012

YA ALLAH TABAH KAN LAH HATI HAMBA MU...

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


"JIKA MERINDUI DIJARAK KEJAUHAN " 
Rindu? Jika kamu RINDUKAN seseorang, PEJAMKANLAH MATA MU dan UCAPKANLAH:
“Ya Allah, aku rindukannya kerana-Mu Ya Allah, Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa  kepada -Mu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku, tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.
Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..
Terima kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana
memberikan CINTA JARAK KEJAUHAN itu kepada aku dan dia.” 
"MUNGKIN ALLAH JODOHKAN KAMU DAN DIA TETAPI ALLAH PISAHKAN KALIAN SEMENTARA ".. 
MUNGKIN JODOH KALIAN SEDANG MEMPERSIAPKAN DIRI MENJADI YANG LEBIH BAIK ".. 


ATURAN ALLAH SEMEMANGNYA YANG TERBAIK ! JADI , JANGAN BERSEDIH YAA! :') 

Wednesday, July 4, 2012

SALAM NISFU SYAABAN ! :)

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Sahabat, hari ini sudah 14 Sya'ban & malam ini adalah Malam Nisfu Sya'ban -15 Sya'ban 1433- ツ.

Saya harap masih belum terlewat untuk saya berkongsi sedikit info tentang kelebihan malam ini;

1. Allah mengampuni dosa² para hamba-Nya yang me
mohon keampunan pada malam ini.

•••► Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Sesungguhnya Allah عز وجل menurunkan (para 

malaikat dengan perintah-Nya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampuni dosa² (para hamba-Nya di mana keampunan pada malam itu) lebih banyak dari bilangan bulu² yang terdapat pada kambing² peliharaan (bani) Kalb."
~ Riwayat Imam Ahmad رحمه الله.
- Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.

◆ Sahabat, jelas sekali bahawa malam ini merupakan malam yang penuh barakah. So, apa kita nak buat jika rahmat, keampunan & bermacam² pemberian Allah akan bertebaran pada malam ini? Nak biarkan sahaja? Oh, insyaAllah tidak.

✉>>> Amalan yang dianjurkan;

✔- Bacaan Yasin 3 kali berserta doa panjang umur di dalam taat, dikurniakan rezeki yang banyak lagi halal & dikekalkan iman sampai ajal datang menjemput.

✔- Zikir "Ya Allah" 1000 kali.

✔- Atau APA SAHAJA amalan kebaikan yang mengikut syariat Islam seperti buat majlis ta'lim, istighfar, solat taubah, mengaji surah selain surah Yasin dan lain-lain.

◆ Semua amalan di atas tidak dilakukan pada zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم khusus pada malam Nisfu Sya'ban ini, namun ia tetap amalan yang tidak terkeluar dari garis panduan Islam. Boleh dikiaskan seperti hukum sambutan MaulidurRasul. Ia bid'ah hasanah. Tapi ingat, ia bukan amalan yang WAJIB dilakukan pada malam ini.
--------------------------------------------------------------
2. Malamnya didirikan qiamulail (malam ini) & esok harinya (Khamis 15 Sya'ban = 5 Julai) berpuasa.

•••► Sayyidina Ali كرم الله وجهه berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya."
~ Riwayat Imam Ibn Majah رحمه الله.
--------------------------------------------------------------
3. Terdapat 18 golongan manusia yang tidak akan mendapat kelebihan Malam Nisfu Sya'ban ini, namun saya hanya ada 5 info sahaja.

* Sila semak kembali pada diri anda? Jika ada, maka bertaubatlah dengan taubat nasuha & mohon kemaafan dengan orang yang kita buat salah terhadapnya.

•••► Pada malam itu Allah tidak menoleh kepada;

✖ 1. Orang yang melakukan syirik.
✖ 2. Pengadu domba (kaki batu api).
✖ 3. Pemutus silaturrahim/orang yang bermusuhan.
✖ 4. Penderhaka kedua ibu bapa.
✖ 5. Orang yang ketagih arak.
---------------------------------
------------------------------
Selamat beramal ツ.



Saturday, June 30, 2012

Perkongsian dipagi 1 Julai... :)

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Assalamualaikum..  hye3.. (",) menaip pagi-pagi ni memang memberi semngt!  awesome!  ermm..  hari  ini   awal  bulan  julai. bulan  baru  tu, sape  ta semangat  kan? betul tak.. telah banyak peristiwa-peristiwa  yang  dilalui sepanjang bulan jun kan... sememangnya  tak dapat  diingati..:P  dan  tak sangka  dah masuk  2 tahun  6 bulan  4  minggu 1  hari...  eh3.. kira ape  tuh? hari  bersejarah  la  konon.. haha..sebenarnyee hari yang tak diduga  tapi bermakna  ..  ermm..  hari hbis  exam  pmr  tu..  seronok tak? mesti lah seronok kan..  he~  kenangan2....  berlalu dengan begitu  pantas. hari meniti hari  ,  tak sngka lagi bebrapa hari je nak menjejak   kan kaki ke tempat yang  tak  pernah  diduga pun nak  pergi.. -,-' apa-apa  pun kena  jugak lah pergi kan.. wahai  hati bersabarlah ye,  (^_^)

awak aman 3  , saya sentosa 2.. aman dan sentosa.. hahaha.. ape kena  la  tiba-tiba aman  dan sentosa ni kan  , inilah  nama nya  kamsis di psa ..  harap-harap lah kat  sana pun  aman dan sentosa jugak lah  , jangan huru-hara sudah la  ,  boleh pecah pulak  kepala  otak ni kan. seronok je bercerita  pasal  kamsis  sedangkan , barang apa  pun  tak  siap lagi,  bagus  betul kan. apa-apa pun semoga  Allah mempermudahkan urusan.. amin !!

sedikit perkongsian pada  bulan julai yang amat ditunggu  ni..  hehe.. jom  sama-sama ambil iktibar okay.

sebuah syair  menyatakan :
katakanlah  kepada orang yang sentiasa   dengki kepadaku:

tahukah kamu  , kepada siapakah  kamu tidak  sopan  ?  
kamu    tidak  sopan kepada Allah s.w.t  dengan takdirNya..
jika  kamu  iri dengan nikmat yang  telah diberikanNya   kepadaku ,
kerana  itu,  tuhanku   selalu mengabulkan  permintaanku  ,
sedang  pintu permintaan  bagimu  semuanya  tertutup..  

itulah  kata-kata  yang seharusnya diberikan  kepada  orang-orang yang sering  iri hati melihat kejayaan  kita ataupun kesenangan kita ,  jangan lah kita   memarahi atau mencaci nya  kembali kerana  kita seolah-olah sama  seperti orang yang  ghibah  , apa  itu  ghibah ?  ghibah adalah   menyebut-nyebut  keburukan  orang lain di belakangnya   dan keburukan  itu memang wujud.  apabila   keburukan  yang disebut-sebutkan  itu  tidak ada  padanya, maka itu  bererti tuduhan dusta .jika menyebut-nyebut keburukan orang lain itu  dihadapannya , itu disebut  maki.. astaghfirullah....


oleh itu , jom  kita  berubah !  janganlah saling  tuduh menuduh , memaki , atau  pun mencaci . setakat ini sahajalah entry saya  pada  hari  ini, jumpa  di  entry lain yah..  assalamualaikum!   :) 

Friday, June 29, 2012

Takdirku......... :)

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>

Assalamualaikum  semua  yang membaca  blog  ni..:)  sudah lama sangat-sangat  tak aktif dengan  blog   , maklum  lah terlalu  sibuk  dengan  kerja  rumah lah  konon..  betul  ke?  ermm.. setelah  beberapa bulan  menghilang akhir nya  ,  pada  hari  ini  29 june 2012 hari jumaat , tiba-tiba sahaja  ada  semangat  untuk  menulis.. entah  lah  datang dari mana , -,-' agak  ganjil bukan?semangat setelah membeli  branag-barang persediaan untuk ke kamsis sentosa  2 kot.. TIDAK!!  lagi seminggu  je akan  menjejakkan  kaki ke  sana..  

mungkin dengan keadaan  blog yang tiba-tiba sahaja berubah  .. arghh,, -,-'  agak memeningkan je. ok3 , panjang  pulak membebel  pasal ni ,  tajuk utama pasal takdir . hahaha.  tak  ada  kena  mengena langsung ! :P  baiklah saya   mulakan cerita  yang tak berapa  best ni.. tak  nak   baca  sudah,  tak  paksa  pun.. mula  lah kisah nya.... takdir hidup ku yang penuh dengan  teka teki , aturan  yang cantik seperti sudah dirancang  , bukan dirancang oleh diri sendiri tetapi dirancang oleh  Allah  s.w.t .. subhanAllah..

walaupun  , kadang-kadang agak memeritkan.. tetapi disebalik kepahitan  ada   kemanisan , Ya  Allah , sesungguhnya ujian  yang kau berikan adalah kekuatan bagiku..  :) dan sekarang Alhamdulillah ..   ucapan tahmid  yang  ikhlas kepada penguasa seluruh Alam Allah s.w.t..  hidup yang ditentukan  ini sudah semakin  baik dan   dapat  diterima  dengan  perlahan-lahan .saya akui  pada  mulanya  agak keberatan hendak ke  sana  tapi bila teringat surah  Al-Baqarah   yang ayatnya  berbunyi  "Boleh jadi  kamu  membenci sesuatu  padahal  ia  amat baik  bagimu dan  boleh jadi kamu menyukai  sesuatu padahal ia  amat buruk  bagi mu,  Allah   mengetahui   sedangkan  kamu  tidak   mengetahui  "  setelah direnungkan  , ia  janji Allah itu  benar wahai sahabatku,  dan  lantas    lidah  ini  melafazkan  Astaghfirullah kerana  gagal jadi  hambaMu yang  percaya  dengan segala kata-kataMu . walaupun tak dapat masuk upsi ..  idaman sejak  sekolah   ,  tetapi  Allah dah  tetapkan saya masuk ke politeknik premier sultan salahuddin abdul aziz shah,  shah alam.. smoga diberi  kekuatan  iman ..


dan  tidak diduga  juga, sama  tempat dengan ....... biarlah rahsia..  kau selalu  tulis CUDIPT......
tengok-tengok  ,  jumpa  terus.. hahhaa.. kuasa  Allah  , tiada  sapa mampu melawan nya. eh3..  dah merepek  dah.. ok lah cukup sudah  entry sy  pada hari  ini. tata.. assalamualaikum..  jumpa  di entry  lain yah,!  :)  

Tuesday, March 27, 2012

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Kita pernah "DILUKAI"
dan mungkin pernah "MELUKAI"
tapi kerana itu kita BELAJAR
...tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan.

Kita pernah "DIBOHONGI"
dan mungkin pernah "MEMBOHONGI",
tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN.

Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar erti MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.

Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup, tidak akan
terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan,..
iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.

Hidup adalah proses,
Hidup adalah belajar.
Tanpa ada batas umur,
Tanpa ada kata tua.

JATUH, berdiri lagi
KALAH, mencuba lagi
GAGAL, bangkit lagi,
KECEWA, berusaha lagi.
Sehingga lah kita tiba di penghujungnya...

Saturday, March 24, 2012

4 lelaki yang ditarik ke neraka

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Pertama: Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua: Suaminya


Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.


Ketiga: Abang-abangnya


Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.


Keempat: Anak Lelakinya


Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-
“Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu..”

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda…kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik.. oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga.. janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Monday, March 12, 2012

memuasakan tapi menyakitkan ?

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


assalamualaikum.entri saya pada hari ini ialah memuaskan tapi menyakitkan? apa itu? ok kalau nak faham saya bagi contoh k.. pernah tak korang gaduh dengan orang-orang yang korang sayang contohnya, kawan ke, family ke, sape2 je la.. mungkin orang tu tak sedar dia menyakitkan hati kita maklumlah manusia biasa , tetapi kita terlalu emo sampaikan tak sedar kita juga menyakiti orang yang kita sayangi. terlalu mengikut hati membuatkan kita sakit tetapi disamping itu puas bukan ? ibarat kita menyembur ubat nyamuk untuk membunuh nyamuk tetapi terkena pula pada makanan dan kita telah merosakkan makanan itu.. macam tu juga lah hati kita.. kita hanya nak memuasakn hati kita untuk membalas dendam ke atas perbuatan orang-orang yang kita sayang tapi tanpa kita sedari kita juga telah merosakkan hatinya..

jika orang yang kita sayang itu ingin memohon maaf, maaf kan lah dia dengan seikhlas hati.. kerana kita tidak tahu keadaan dia pada ketika itu, mungkin sedang menangis kerana rasa bersalahnya diatas perbuatannya yang tidak disengajakan.. lumrah kehidupan manusia bukan.. mungkin dengan cara ini kehidupan kita lebih bermakna.. jangan saling merosakkan tapi saling memperelokkan.. ok sekian sudah.. terima kasih..

" ya Allah sahabatku ini buah hatiku,

mesra kami penawar duka,

rindu kami menambah cinta,

rajuk kami membuah ceria,

Ya Allah,

silaturrahim kami ukhwah fillah,

bermusuhan kami na'uzubillah berpisah mati,

insyaAllah..

Ya Allah,
sahabatku ini buah hatiku,

rahmati kami meniti usia,

terpisah kami dialam nyata,

temukan kami di taman syurga.. AMIN.. :)

Friday, March 9, 2012

wahai wanita !

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>




ALLAH sukakan kecantikkan.. akan tetapi ..
kenapa mesti sampai sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup diketepikan !
Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.
Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan
Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.
Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.
Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.
Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.

Thursday, March 8, 2012

~Belaian Bunda~...

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Kalau ibunda membelai rambutmu,
Kalau ibunda mengusap keningmu, memiJit kakimu . . .
Nikmatilah dengan syukur dan batin yang bersujud,
Karena sesungguhnya Tuhan sendiri yang hadir dan maujud.

Kalau dari tempat yang jauh engkau rindu kepada ibunda,
Kalau dari tempat yang jauh ibunda rindu kepada engkau,
Dendangkanlah nyanyian puji-pujian untuk Tuhanmu . . .
Karena setiap bunyi kerinduan hatimu adalah,
Sebaris lagu cinta Tuhan kepada segala ciptaanNya.

Kalau engkau menangis,
Ibundamu yang menitiskan airmata . . .
Dan Tuhan yang akan mengusapnya.
Kalau engkau bersedih,
Ibundamu yang kesakitan . . .
Dan Tuhan yang menyiapkan hiburan-hiburan.

Menangislah banyak-banyak untuk ibundamu,
Dan jangan membuatkan satu kalipun ibumu menangis karenamu . . .
Kecuali engkau punya keberanian untuk membuat Tuhan murka kepada hidupmu.

Kalau ibundamu menangis,
Para malaikat menjelma menjadi butiran-butiran air matanya . . .
Dan cahaya yang memancar dari airmata ibunda.
Membuat para malaikat itu silau dan marah kepadamu,
Dan kemarahan para malaikat adalah kemarahan suci . . .
Sehingga Tuhan tidak melarang mereka tatkala menutup pintu syurga bagimu.

Tuesday, March 6, 2012

Erti Belajar..

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Sahabat Hikmah...
Belajar bukan berarti hanya sekolah...
Belajar bukan berarti hanya membaca
buku..
Tapi juga belajar dari setiap kejadian..
Belajar dari apa yang bisa dilakukan ... Agar hidup ke depan lebih baik..

Aku belajar diam dari banyaknya bicara.
Aku belajar sabar dari sebuah
kemarahan.
Aku belajar mengalah dari suatu
keegoisan.
Aku belajar menangis dari kebahagiaan.
Aku belajar tegar dari kehilangan

Hidup Adalah BELAJAR.......
Belajar Bersyukur Meski tak Cukup,
Belajar Ikhlas Meski Tak Rela,
Belajar Taat Meski Berat,
Belajar Memahami Meski Tak Sehati,
Belajar Sabar Meski Terbebani, Belajar Setia Meski Tergoda,
Belajar Memberi Meski Tak Seberapa,
Belajar Mengasihi Meski Disakiti,
Belajar Tenang Meski Gelisah,
Belajar Percaya Meski Susah, Belajar dan Terus Belajar...
Belajar sampai pada akhirnya Allah yang
menyempurnakan..

Monday, March 5, 2012

sebarkan bahagia ..

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Bahagia itu bukan destinasi
yang belum pasti
bahagia ada setiap hari
dinikmati oleh hati

Bahagia anugerah Ilahi
berhak dimiliki
buat siapa yang mencari
dengan petunjuk hakiki

Bahagia perlu diciptakan
bukan sekadar diangankan
dalam setiap keadaan
dalam setiap kesempatan

Usah terus sengsara
bahagiamu di depan mata
ciptakanlah bahagia
dan sebarkan bahagia

Sunday, March 4, 2012

sisipan harapan.

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>



hendak ku gapai tak tercapai hendak ku abai terasa sayang.. mengapa harus diabai jika hati masih sayang dan mengapa harus mengejar jika tidak tercapai,aku mulai sedar bahawa apa yang kita kejar tidak semestinya akan kita dapat, masih ada yang tak kita kejar masih setia berada di samping kita. samalah seperti cita-cita yang benar-benar kita inginkan kadang-kadang cita-cita yang kita impikan itu tidak sesuai dengan had kemampuan kita sendiri, begitu jugalah cinta kadang-kadang orang yang kita terlalu sayang membuatkan diri kita terlalu menginginkannya sehinggakan kita tidak sedari bahawa masih ramai yang setia menyayangi kita..

ini adalah kebenaran, jika seseorang wanita itu terlalu menyayangi seseorang itu.. hatinya banyak terluka tambahan pula jika hubungan mereka seperti di alam bunian.. masing-masing menyembunyikan hati masing-masing.. iye.. itu lah yang dikehendaki islam tetapi jangan lah di dalam diam itu kita menyakiti hatinya setelah kita bnyak memberi harapan dan janganlah membuatnya seolah-olah orang asing di hadapan kawan wanitamu. hal ini membuatkan bangunan yang teguh menjadi roboh. tidak mustahil bukan jika seteguh-teguh bagunan akan roboh ? masakan tidak jika sering disakiti pasti akan roboh. oleh itu, jangan lah kita terlalu ego utk mengungkapkan kata "maaf" .. tidakkah kita mengetahui bahawa kata-kata maaf itu bisa membuang ego dalam diri kita ? disebabkan itulah maaf itu sangat berharga.. jangan lah lupa untuk mengungkapkan kata-kata azimat yang bisa meleburkan keegoan dirimu juga dirinya. tidakkah hati merasa senang ? :) berusahalah kita merenungi bersama ye.. sekian terima kasih.. XD

Friday, March 2, 2012

~ hambamu yang lemah ~

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>



Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnya aku lah hambaMu yang hina lagi lemah. Terlalu lemah sehinggakan aku tak berdaya walaupun untuk membela agamaku, tidak mampu untuk berkata tidak terhadap tohmahan dan hinaan yang mereka lontarkan apatah lagi berkata benar kepada mereka yang tidak mengetahui. Ya Allah aku tidak mampu untuk menegakkan erti Islam sebenar kepada mereka. Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah, teguhkan lah iman ku dan tetapkan lah hati ku agar aku mampu menghadapi ujian Mu ini dengan tabah. Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya hanya padaMu aku memohon pertolongan, hanya padaMu aku memohon perlindungan...

Ya Allah.. terkadang hati ku sesali di atas khilaf dan salah ku tindak tanduk ku dan perbuatan ku selama ini.. seandainya ku tahu perbuatan ku ini melebihi batasnya kau berikanlah petunjuk buatku yaAllah ya Rahman ya Rahim.hati hambamu ini penuh dosa Ya Allah, aku merasa diriku ini kerdil pabila mengingati kekuasaanmu yang begitu besar dan dasyat. ya Allah ! aku malu dengan diri ku sendiri.. suci kan lah hati ku dari godaan dan bebaskan lah aku dari fitnah dunia.. kerana sesungguh hambamu ini lemah tetapi seandainya ujian yang melanda diriku ini adalah tanda kasih sayangmu.. aku redha dan ku berserah segalanya kepada mu yang maha besar dan maha kuasa...
------------------------------------------------------------------------------------
amin ....

Monday, February 27, 2012

~Ku Pinta Redha mu ~

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Redha-Mu padaku yang kupinta
Redha-Mu padaku yang kupinta
Redha-Mu padaku yang kupinta

Ya Allah, Ya Tuhanku
Tidak kira apa berlaku padaku
Miskin atau kaya, sakit atau sihat
Yang penting adalah redha-Mu, redha-Mu

Redha-Mu padaku amat mahal sekali
Redha-Mu padaku amat mahal sekali
Sebab itu aku meminta selalu

Jika redha-Mu Kau beri padaku
Sekalipun seluruh dunia menghinaku
Aku tak peduli

Walau aku miskin, kurasa bahagia
Apalah ertinya aku kaya
Engkau kan murka apalah ertinya ada nama
Jika Engkau murka

Jika Engkau murka segalanya tiada
Jika Engkau murka segalanya tiada
Sungguh mahal redha-Mu
Tuhanku

Berilah keredhaan-Mu
Berilah padaku selalu
Kerana itulah aku beramal
Bukan kerana pahala
Bukan kerana fadhilat
Bukan kerana syurga

Tapi inginkan redha-Mu
Untuk keselamatan diriku
Tapi inginkan redha-Mu
Untuk keselamatan diriku

Redha-Mu padaku yang kupinta
Redha-Mu padaku yang kupinta
Redha-Mu padaku yang kupinta
Kupinta selalu

Tuesday, February 21, 2012

Surut dan pasang, mawar dan kumbang..

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


dalam kedinginan malam mencekam,
berwajahkan langit suram ,
aku melangkah diantara butiran pasir yang membenam.

desiran ombak pantai direntap surut berpanjangan
meninggalkan cerita-cerita hampar..

hidup ini tidak selalunya indah,
hidup ini tidak selalunya mudah,
hidup ini adakalanya pahit,
adakalanya sukar , kerana itulah kehidupan..

laut tidak selalu pasang, malam tidak selalu terang.

pun begitu diantara kesuraman , ada bintang yang meneman.
rebutlah bintang yang satu itu , jadikan ia matahari.
menyinar kehidupan yang menjadikan bumi ini hijau.
disulami jingga dan merah kuntum-kuntum bunga.
jadikan kehidupan ini taman mewangi,
mawar dan kumbang keriangan..

itulah kehidupan , tautan antara malam dan siang,
surut dan pasang , mawar dan kumbang,
jangan engkau kesali malam hanya kerana siang
jangan engkau kesali surut hanya kerana pasang,
kerana kehidupan yang sempurna harus begitu..

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>

dalam kedinginan malam mencengkam

Sunday, February 12, 2012

♥ ANDAI LELAKI TAHU ♥

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>





Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya.. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya


Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda. Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan. Wallahu a’lam bish-shawab


Semoga kita dapat mengambil hikmah dalam setiap kejadian.

Tuesday, February 7, 2012

~ Disebalik Air Mata Wanita~

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


....Assalammualaikum....

Air mata wanita.....

Halus lembut,
begitulah sosok perangai wanita
lemah dan perasa,
itulah peribadi wanita
bijak dan tegas,
contoh keanggunan wanita
airmata...
adalah fitrah yang diberikan kepada wanita

Wanita di beri kekuatan untuk dapat melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau seringkali pula, ia kerap menerima cerca dari anaknya….

Wanita diberi keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.

Wanita diberi kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Wanita diberi perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam keadaan apapun, dan dalam situasi apapun. Walau, tak jarang anak – anaknya itu melukai perasaannya, melukai hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi – bayi yang terkantuk menahan lelap dan sentuhan kasih sayangnya akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Wanita diberi kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa – masa sulit, dan menjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak ?

Wanita diberi kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan bahwa, suami yang baik adalah yang tak pernah melukai istrinya. Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.

Wanita diberi airmata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kuberikan kepadanya, agar dapat digunakan kapanpun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, airmata ini adalah airmata kehidupan….

air mata...
titisannya sangat bererti
pernahkah melihat atau mendengar wanita menangis?
saat itulah, wanita menggunakan fitrahnya
namun jangan jadikan tangisan wanita sebagai alasan untuk menyebutnya lemah.
karena bisa jadi disanalah ditemukan energi kekuatan....

Monday, February 6, 2012

~ menangis lah... ~

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>

Ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis?

JawabNYA: Kerana wanita itu unik.
AKU ciptakan ia sebagai makhluk istimewa,

AKU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
AKU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
AKU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
AKU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah,
AKU beri dia naluri utk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun,
AKU kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh orang-orang yang ia sayangi

Wanita makhluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

Sunday, February 5, 2012

~ku simpan nama nya disudut hati~ (artikel dr i luv islam)

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Kusimpan namanya di sudut hati,
Demi sebuah keredhoan,
Ya Allah kuatkan hati ini,
Bantu kami bermujahadah,

Ya Rabb..
Bantu kami, hamba-Mu,
Yang mencari,
Sedang mencari,
Dan masih mencari,
Erti cinta sejati..

Cinta dua insan yang dibatasi syariat-Mu,
Tanpa digugat setitik bisikan nafsu,
Yang ada hanyalah,
Sebuah ketagihan cinta,
Sebagai wadah menggapai cinta agung-Mu..

Ya Rahman...
Faqirnya kami, lemahnya kami,
Sungguh tak terdaya,
Segalanya milik-Mu,
Kepada-Mu segalanya dikembalikan..

Ya Muhaimeen,
Namun ku gusar..
Dengan mujahadah ini,
Apakah dia bisa setia,
Apakah dia bisa menunggu,
Apakah kami bisa tabah,
Higga ke akhirnya...

Ya Rabbul Izzati,
Engkaulah Pemilik segala hati,
Peganglah hati-hati kami,
Peliharalah hati-hati kami,
Jagailah, bajailah dan siramilah hati-hati kami,
Dengan cahaya keimanan kepada-Mu..

Agar kami bisa terus bermujahadah,
Hingga waktu menentukannya..
Ameen ya Rabb..

~ Kembalikan Kebenaran~

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Dipujok sana menyamar lampu
berbalam mencerah kegelapan
bersinar tapi malap
berteleku seorang hamba
bermunajat mengapai hakikat

Bergemersik desiran angin
membongkah menindih pendengaran
sayup dan sahdu….tiada pilu
Cuma lesu….
tertusuk dengan keujianan
mengosong jiwa pada kebenaran

Mana lagi teman berbicara
meredah kepenghujung berseorangan
berpautan pada janji, berpimpin bertuntun
tiada lagi air bergenang dikelopak mata
tidak lagi melakar hati menyatu kecewa

Kegelisahan bukan santapan
meratap mengeluh bukan igauan
andai dulu beralpa perjanjian
melusuh hampir terhapus
kini bangkit mengirat gengam
bertafakur...akur
perjanjian hakikat kehidupan

Berpinggiran insan hebat
biar berseorangan
rebah dan bangun
melurus jalan berlandasan
bertadah bersyukuran
kepayahan itu milik dugaanNya
kesukaran itu ampunya ujianNya
redha…

Paderi AS gesa boikot Starbucks ?

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


CALIFORNIA 5 Feb. – Seorang paderi Kristian menggesa pengguna supaya memboikot Starbucks ekoran syarikat itu menyokong satu rang undang-undang mengesahkan perkahwinan sejenis di Washington, lapor King 5 News.
Steven Andrew yang juga Presiden Institusi Paderi Kristian Amerika Syarikat (AS) di California berkata, penganut Kristian kecewa dengan tindakan Starbucks yang menentang ajaran Tuhan.
“Starbucks boleh mengikut ajaran Syaitan jika mereka mahu, tetapi paderi-paderi akan membantu menyelamatkan penganut Kristian.
“Adakah anda di pihak Tuhan dan adakah anda sudi membantu AS dirahmati Tuhan?” soal Andrew dalam satu kenyataan.
Menurut Reuters, gesaan memboikot itu dikeluarkan Selasa lalu, sehari sebelum rang undang-undang tersebut dibentang di Dewan Senat Washington.
Institusi Paderi Kristian AS turut meminta penganut Kristian untuk menghentikan penyajian makanan dan minuman jenama itu di majlis-majlis dan kemudahan gereja.
Selain Starbucks, lebih 100 syarikat lain turut menyokong rang undang-undang perkahwinan sejenis itu termasuk Nike, Google dan Microsoft.
Jika rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Perwakilan minggu depan, Washington akan menjadi negeri ketujuh di AS yang mengiktiraf perkahwinan sejenis. – AGENSI

~Bila Minda Mula Berkata ~

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


DoNt sPeAk nOnSEnSe,,
AiN`t nEeD LetTeR oF cOnSeNt,,
jUsT uSe mY ComMoN SeNsE,,
pLuS a LiTtLe Of My iLLusSiOn,,
aSk FoR nOtHiNg iN ReTuRn,,
aNd ThErE WiLL be nO rEgrETs,,
bUt No OnE WiLL eVeR FoRgEtS,,
tRy To GeTs SoMe ReSpEcT,,
TrY tO aRcIvE ThAt TaRgEts,,
AiNt nO OtHeR ObJeCt,,
AiNt nO oThEr sUbJeCt..
nO oNe Can mAdE mE Mad..
ANd I HaRdLy Can Be Sad,,
StAnD uP FoR mY rIGhT,,
aS lOng As I cAN fIGHt,,
I dOnT kNoW wHy iT HaS tO Be
The sKy iS bLuE & tHe gRaSS iS gReNN,,
I dOnT kNoW wHy iT'S ReaLLy tRuE
oNe pLuS oNe aLwaYs eQuAL tWo..
I dOnT kNoW sO i HaVe tO gUeSS
tHeRe mAyBe tImE wHeN a No mEaNs YeS..
NoW LooK aRoUnd DoES aNybOdY kNoW wHaT gOiNg On..
nOw iT oK ThE WorLD KeeP SpiNnInG AnYWaY..
NOw WhY aSK WhY LOw Is LoW HiGh Is hIgH..
Now JuSt LeT it GO It`S aLLrIgHt iF yOu rEaLY DoNT KnOw...

beCauSe Its All About U ..... =,='

My Little Sunshine . .

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Dulu..dia selalu ada biar pun aku pejam mata..
dulu..dia selalu datang biar pun tak boleh online 24 jam..
dulu dia selalu suka tanya khabar berita..
dulu..dia selalu suka berkongsi cerita biar pun sedang berduka..
masa itu. .masa itu emas mak aku kata..
masa itu..aku memang suka bagai nak gila..
masa itu aku memang tak boleh nak kata apa..
masa itu..bagi aku the best time ever..
sekarang..dia masih ada cuma tanpa khabar berita..
sekarang..makin jauh aku rasa biarpun dia berada di depan mata..
sekarang..sama juga aku masih tak boleh kata apa..
sekarang..aku masih terus mencuba mengeratkan hubungan kita..
aku..memang nak buat dia gembira..
aku..memang niat nak buat dia ketawa ..
aku..suka dia ada..itu je..bukannya nak minta duit belanja..
aku..kalau boleh nak kawan sampai bila bila..
aku..bukan nak marah sesiapa..
aku..paling tak suka mengata..maafkan aku jika ada yang terasa..
bukan niat nak buat dia terasa..ini bukan juga monolog duka..cuma..
aku sayang hubungan kita..cuma aku nak keadaan kembali biasa..
kepada yang masih terus membaca..terima kasih tak terhingga..
doakan kami bahagia..aku dan dia bukan nak berumah tangga ..cukup sekadar kawan sampai bila bila..


Saturday, February 4, 2012

~ Salam Maulidur Rasul ~

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


SABAN tahun umat Islam menyambut tarikh keramat ini. Kelahiran yang membawa berjuta rahmat untuk sekalian alam. Tanggal 12 Rabiulawal kalendar hijriah laungan selawat pasti kedengaran.

Betapa indahnya lantunan itu, namun timbul persoalan kenapa ia semakin pudar ditelan arus kemodenan? Wahai generasi baru pemangkin masyarakat kini, ayuh bangkitlah kenalilah siapakah kekasih ALLAH ini. Salamun alaika ya Rasulullah!.

‘Selagi hayat dikandung badan,’ antara ungkapan menerjah cuping telinga dan jelas membawa maksud begitu mendalam kerana roda putaran kehidupan manusia akan terus berputar selagi mana masih ada hayat atau nyawa.

Putaran itu membawa seribu satu memori, kenangan yang dikenali sebagai sejarah dan seribu satu iktibar dikenali dengan pedoman. Setiap sejarah dihasilkan dipadu pada satu tarikh diperingati umpama tugu peringatan. Justeru, Maulidur Rasul juga mempunyai sejarah dan iktibar menjadikan ia begitu signifikan. Rehal bersama Editor Syariah Telaga Biru Sdn Bhd, Amly Asenar, 32, menyingkap situasi ini.


ALLAH, RASUL DAN ISLAM

Sebagai seorang Muslim, catatan diari dalam kehidupannya sudah pasti berpaksikan kepada sejauh mana kefahamannya terhadap ALLAH, Rasul dan Islam. Tiga perkara tersebut pasti memandunya untuk hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Amly berkata, kepincangan kehidupan Muslimin hari ini berpunca daripada kurangnya kefahaman terhadap tiga perkataan tadi. Oleh itu, ulama dalam lipatan sejarah sehingga kini tidak pernah jemu dan culas membahaskan serta menulis supaya khazanah mereka dapat memberikan cahaya panduan kepada generasi Islam yang berada dalam kabus kejahilan.

“Tidak pelik jika musuh Islam juga memusatkan serangan mereka kepada generasi Islam melalui tiga perkara itu. Lantas kelihatan di atas pentas dunia ini Muslim beraneka identiti pada perkara yang hanya memerlukan satu identiti.
“Contohnya, dalam perkara ketuhanan, identiti bagi Muslim adalah satu iaitu beriman kepada ALLAH, namun terdapat ‘individu’ Muslim yang memperjuangkan hak kebebasan dalam beragama dan bertuhan. Inilah celoreng kekeliruan yang wujud kesan daripada serangan dan gangguan musuh Islam. Apakah serangan yang paling ampuh?,” soalnya.

Menurutnya, serangan paling berkesan ialah dengan menjauhkan Muslim daripada pencipta-NYA, Rasul dan Islam. Keadaan ini menyebabkan seorang Muslim lupa akan asal-usul pegangan yang utama dan mencukupi dengan bergelar Muslim. Menjadikan Muslim melihat agamanya adalah agama yang selektif dan bebas untuk dicorakkan berdasarkan keinginan dan keperluan. Justeru apakah yang boleh kita lakukan bagi menolak serangan musuh?.

MAULUD SEBAGAI WASILAH

Wasilah bermaksud ikatan dan penghubung. Golongan bukan Islam sengaja menjadikan hari dan tarikh mereka mempunyai signifikan yang dilihat hebat sehingga menjadi ikutan seperti sambutan tahun baru.

Amly berpandangan, manusia dan sambutan tidak dapat dipisahkan lagi. Manusia terutama generasi Y sentiasa ternanti-nanti apa jua tarikh sambutan bagi mengisi kekosongan jiwa mereka. Maka setiap Muslim yang ada kesedaran akan cuba mencari suatu jalan untuk mengembalikan saudara Muslimnya kepada landasan yang sebenar. Justeru, sambutan Maulidur Rasul dilihat mampu dijadikan wasilah yang terbaik.

“Maulidur Rasul bukan ciptaan baru, namun sebenarnya suatu usaha murni boleh memberikan kesan positif jika digunakan dengan tujuan dan cara yang betul.

“Menurut Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq, ihtifal berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud perhatian, ramai dan perkumpulan. Dalam erti kata lain ia bermaksud sambutan. Beliau mengatakan lagi bahawa sambutan adalah sifat tabii manusia bagi mendapatkan kebaikan dan menjauhi perkara yang tidak baik,” katanya.

Maulid pula berasal daripada perkataan Arab bermaksud tarikh kelahiran. Maulidur Rasul bermakna tarikh kelahiran Rasulullah. Walaupun para ulama berbeza pendapat dalam penentuan tarikh kelahiran Baginda, namun penting di sini ialah dipilih satu tarikh yang boleh disambut masyarakat Islam.

Ihtifal Maulid bermaksud suatu sambutan secara besar-besaran pada satu tarikh yang dianggap penting iaitu tarikh kelahiran Rasulullah dengan bertujuan mendapatkan manfaat dan kebaikan daripada perhimpunan tersebut.

Beliau menegaskan, Maulidur Rasul sebenarnya bertujuan mengembalikan dan memugar semula perasaan mencintai Islam yang dibawa Rasulullah, seterusnya membulatkan pengabdian diri kepada TUHAN semesta alam, ALLAH.
Antara tujuan yang hendak dicapai ialah; mencintai ALLAH dan Rasul-NYA, menjadikan Islam sebagai cara hidup dan memahami peranan sebagai Khalifah.

“Apabila tujuan ini berjaya dicapai maka harapan untuk membentuk dan melahirkan remaja Islam yang menjadi penerus kepada tugas Rasulullah dapat direalisasikan.

“Kecintaan kepada ALLAH datang dalam bentuk pakej yang lengkap. Apakah pakej tersebut? Hayatilah firman-NYA yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi ALLAH maka ikutlah AKU nescaya ALLAH mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu”. (Surah Ali ‘Imran ayat 31),” tambahnya.

KECINTAAN LAMBANG UTUHNYA REMAJA MUSLIM

Beliau lantas mengimbau lipatan sejarah Islam yang banyak mencatatkan kisah keberanian hasil daripada kecintaan sebenar kepada ALLAH dan Rasul-NYA. Antaranya, kisah seorang sahabat Nabi yang bernama Abu Said al-Khudri yang telah pergi bertemu dengan Baginda untuk meminta izin bersama-sama turun berperang dalam Perang Uhud. Beliau ketika itu baru sahaja berumur 13 tahun namun permintaannya ditolak oleh Baginda.

“Kekuatan remaja hari ini disia-siakan kepada perkara yang tidak berfaedah dan mengejar keseronokan semata-mata. Binalah kekuatan dirimu wahai remaja Islam persis remaja Palestin yang berani berhadapan dengan kezaliman Zionis dengan hanya bersenjatakan butiran batu.

“Berteraskan kepada manifestasi kecintaan tadi, maka remaja perlu menjadikan Rasulullah sebagai ikutan mereka yang terbaik. Ketahuilah wahai remaja Islam, tiada kemegahan dan keunggulan selain daripada menjadikan syariat Rasulullah sebagai kompas kehidupan,” katanya.

Menurut Amly, Saidina Umar bin Al-Khatab ada menegaskan: “Kita adalah satu kaum yang telah diberikan kemegahan dengan Islam, maka apabila kita menghendaki kemegahan selain daripada yang ALLAH telah berikan maka ALLAH akan menjadikan kita hina”.

Tarikh hanyalah angka yang tiada sebarang keistimewaan namun jika diselitkan memori dan pedoman ia mampu menjadi tarikh keramat. Rasulullah dirimu sentiasa di hati dan Maulidmu pemugar kealpaan diri.

Kasih Seorang Ibu…

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Lagi kisah novel pendek…
(dari seorang kenalan yang suka cerita sedih buat renungan)

“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu nor! mal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.



Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak.


“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.



“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

@Kasih Seorang Ibu…@

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>

src="http://2.bp.blogspot.com/-65_cid5Dwgg/Ty0DQF06SVI/AAAAAAAAAIA/HNOuUH1ZZWM/s320/296589_151055594987799_151047751655250_266751_205892176_n.jpg" border="0" alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5705219877925177682" />

Lagi kisah novel pendek…
(dari seorang kenalan yang suka cerita sedih buat renungan)

“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu nor! mal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.



Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak.


“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya
tiada.


“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Friday, February 3, 2012

~ muhasabah lah diri anda ~

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Ketika embun masih menyelebungi si pagi, ketika sang mentari masih segan silu menampakkan wajah indah ciptaan-Nya dan ketika irama merdu alam terus memecah kesunyian si pagi, Abdullah Mifzal Audadi masih tetap setia bertasbih memuji nama Tuhan Yang Satu, Allah Ar-Rahman Ar-Rahim. Butir-butir cinta terus mengalir dari kelopak mata seorang hamba Allah yang begitu kerdil disisiNya.

Abdullah yang sebenarnya dihantui suatu perasaan yang membuat hatinya tidak tenteram, yang membuat hatinya kadang-kadang terbang menerawang di awan-awan yang tidak pasti dimana penghujungnya. Titik permasalahan ini ialah Abdullah ketika ini masih mengharapkan dan sentiasa berharap agar dia dan Nur Mardhiah, gadis yang diminatinya suatu hari nanti akan disatukan dengan ikatan cinta yang halal. Meskipun begitu, dia perlu masih menunggu sehingga saat itu tiba dan ketika menunggu saat itu hatinya dilanda kerisauan, takut-takut bunga pujaan nya itu dipetik orang dan yang lebih membuatkan lagi dia takut bunga nya itu dengan rela dipetik orang lain selain dirinya..

Usai bermunajat dan beribadah kepada-Nya, Abdullah membaca sebuah kisah yang terkandung di dalam buku yang dibelinya semalam. Kisah itu benar-benar mengetuk hati Abdullah. ia mengisahkan tentang..

Seorang lelaki memasuki sebuah masjid bukan pada waktu solat, lalu ia menjumpai seorang anak kecil berusia sepuluh tahun sedang melaksanakan solat dengan khusyu'. Ia menunggu hingga anak kecil itu menyelesaikan solatnya, kemudian orang itu mendekatinya dan bertanya.

"Anak siapa wahai anakku?" anak kecil itu menggeleng-gelengkan kepalanya dan menitiskan air mata dipipinya. Kemudian ia mengangkat kepalanya dan berkata, "Wahai pak cik, saya seoranag anak yatim piatu."

Lelaki itu tersentuh sekali hatinya dan berkata, "Mahukah kamu menjadi anak angkatku?"


Anak kecil itu berkata, "Apakah jika aku lapar engkau akan memberiku makanan?" Orang itu menjawab "Ya!!"


Anak kecil itu bertanya lagi,"Apakah jika aku tidak mempunyai pakaian, engkau akan memberiku pakaian?"Orang itu mengangguk dan mengatakan, "Ya!!"


Anak kecil itu bertanya lagi, "Apakah engkau akan menyembuhkanku jika aku sakit?" Orang itu menjawab, "Wahai anakku,aku tidak dapat melakukan itu"


Anak kecil itu bertanya lagi, "Apakah engkau akan menghidupkan ku bila aku mati?" Orang itu menggelengkan kepala. "Aku juga tidak sanggup"

Akhirnya anak itu berkata, "Kalau demikian wahai pak cik,serahkanlah diriku kepada:"Tuhan yang telah menciptakan aku,maka Dialah yang menunjukkan hidayah kepadaku, dan Tuhanku yang Dia memberi makanan dan minum kepadaku dan apabila aku sakit Dialah yang menyembuhkan aku, dan yang akan mematikan aku kemudian akan menghidupkan aku (kembali), dan yang amat ku inginkan akan mengampuni keslahanku pada hari kiamat"
(Surah As-Syu'ara' : 78-82)


Lelaki itu pun diam dan pergi meneruskan urusannya, sedang anak kecil itu berkata, "Aku beriman kepada Allah. Barangsiapa bertwakal kepada Allah nescaya Dia akan memberi kecukupan kepadanya."


Begitulah kisah anak seorang ank kecil yatim piatu yang begitu kuat pergantungannya pada Allah dan begitu tinggi keyakinannya pada kekuasaan dan ketentuan Allah. Dia merasakan cukup hanya Allah tempat dia bergantung dan bertawakal. Sedangkan anak kecil ini begitu yakin akan ketentuan Allah tapi kita sndiri sering takut dan terfikir adakah akan ada rezeki untuk kita pada hari ni, esok dan seterusnya?

Hati Abdullah merintih dengan sebuah penyesalan, dirinya begitu malu dengan kisah anak yatim yang begitu hebat pergantungannya pada Allah itu. Hatinya ditebak perasaan sangat-sangat bersalah, dia tahu bahwa dirinya selama ini seolah-olah mempersoalkan ketentuan illahi, dia kerap memikirkan masa depannya bersama Nur Mardhiah yang sebenarnya bagaikan bayang-bayang yang tiada jaminan untuk muncul sebagai kenyataan. Dia menyesal dan tekad untuk bertawakal sepenuhnya kepada Allah mengenai "harapan masa depan" nya itu namun hati kecilnya utuh mengaharap Allah jodohkan mereka berdua. kisah anak yatim itu benar-benar mengajarkannya erti kesabaran, tawakal dan redha akan setiap jalan takdir yang telah ditentukan oleh-Nya..


Lantas.. jari-jari Abdullah terus mencoretkan sebuah luahan hati di dalam diarinya..




Andai kau tahu. aku juga harap kau tahu
Aku mengharapkanmu menjadi teman hidupku

Namun aku tidak boleh menjamin apa-apa.
Bukan aku yang menulis di lauh mafuz sana .. tapi DIA
DIA, Allah yang menjadikan dirimu dan diriku
di tangan-Nya itu sudah tertulis takdir kita yang kita tidak ketahui

Insya-Allah Jodoh tidak akan lari
jika sudah memang ditakdirkan kita bersama
Biarpun beribu bidadari datang melamar ku
Insya-Allah dirimu tetap untukku
Jika itu yang Allah kehendaki

Jodoh itu seperti rezeki
Dan ku amat berharap dirimulah
akan menjadi rezeki terindah dari Allah buatku
Namun ku insan yang tiada daya dan upaya
melainkan kekuatan yang segalanya datang dariNya

Ku mohon sungguh Ya Allah,
Kuatkanlah imanku dan imannya..
Jika dia benar untukku
Maka dekatkanlah hatiku dengan hatinya di jalan Mu,
Jika dia bukan untukku,
damaikanlah hatiku dengan ketentuan Mu

Coretan hatinya itu benar-benar membuatkan hatinya tenang. Sungguh, bertawakal kepada Allah adalah jalan terbaik untuk keluar daripada kekusutan dan kerisauan.

"Barang sesiapa yang bertaqwa kepada Allah maka Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (bagi permasalahan yang menimpa mereka). Dan juga memberikannya rezeki dari arah yang tak disangka-sangka. " (At-Talaq : 3)

Ketika Menanti Cinta

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Ketika embun masih menyelebungi si pagi, ketika sang mentari masih segan silu menampakkan wajah indah ciptaan-Nya dan ketika irama merdu alam terus memecah kesunyian si pagi, Abdullah Mifzal Audadi masih tetap setia bertasbih memuji nama Tuhan Yang Satu, Allah Ar-Rahman Ar-Rahim. Butir-butir cinta terus mengalir dari kelopak mata seorang hamba Allah yang begitu kerdil disisiNya.

Abdullah yang sebenarnya dihantui suatu perasaan yang membuat hatinya tidak tenteram, yang membuat hatinya kadang-kadang terbang menerawang di awan-awan yang tidak pasti dimana penghujungnya. Titik permasalahan ini ialah Abdullah ketika ini masih mengharapkan dan sentiasa berharap agar dia dan Nur Mardhiah, gadis yang diminatinya suatu hari nanti akan disatukan dengan ikatan cinta yang halal. Meskipun begitu, dia perlu masih menunggu sehingga saat itu tiba dan ketika menunggu saat itu hatinya dilanda kerisauan, takut-takut bunga pujaan nya itu dipetik orang dan yang lebih membuatkan lagi dia takut bunga nya itu dengan rela dipetik orang lain selain dirinya..

Usai bermunajat dan beribadah kepada-Nya, Abdullah membaca sebuah kisah yang terkandung di dalam buku yang dibelinya semalam. Kisah itu benar-benar mengetuk hati Abdullah. ia mengisahkan tentang..

Seorang lelaki memasuki sebuah masjid bukan pada waktu solat, lalu ia menjumpai seorang anak kecil berusia sepuluh tahun sedang melaksanakan solat dengan khusyu'. Ia menunggu hingga anak kecil itu menyelesaikan solatnya, kemudian orang itu mendekatinya dan bertanya.

"Anak siapa wahai anakku?" anak kecil itu menggeleng-gelengkan kepalanya dan menitiskan air mata dipipinya. Kemudian ia mengangkat kepalanya dan berkata, "Wahai pak cik, saya seoranag anak yatim piatu."

Lelaki itu tersentuh sekali hatinya dan berkata, "Mahukah kamu menjadi anak angkatku?"


Anak kecil itu berkata, "Apakah jika aku lapar engkau akan memberiku makanan?" Orang itu menjawab "Ya!!"


Anak kecil itu bertanya lagi,"Apakah jika aku tidak mempunyai pakaian, engkau akan memberiku pakaian?"Orang itu mengangguk dan mengatakan, "Ya!!"


Anak kecil itu bertanya lagi, "Apakah engkau akan menyembuhkanku jika aku sakit?" Orang itu menjawab, "Wahai anakku,aku tidak dapat melakukan itu"


Anak kecil itu bertanya lagi, "Apakah engkau akan menghidupkan ku bila aku mati?" Orang itu menggelengkan kepala. "Aku juga tidak sanggup"

Akhirnya anak itu berkata, "Kalau demikian wahai pak cik,serahkanlah diriku kepada:"Tuhan yang telah menciptakan aku,maka Dialah yang menunjukkan hidayah kepadaku, dan Tuhanku yang Dia memberi makanan dan minum kepadaku dan apabila aku sakit Dialah yang menyembuhkan aku, dan yang akan mematikan aku kemudian akan menghidupkan aku (kembali), dan yang amat ku inginkan akan mengampuni keslahanku pada hari kiamat"
(Surah As-Syu'ara' : 78-82)


Lelaki itu pun diam dan pergi meneruskan urusannya, sedang anak kecil itu berkata, "Aku beriman kepada Allah. Barangsiapa bertwakal kepada Allah nescaya Dia akan memberi kecukupan kepadanya."


Begitulah kisah anak seorang ank kecil yatim piatu yang begitu kuat pergantungannya pada Allah dan begitu tinggi keyakinannya pada kekuasaan dan ketentuan Allah. Dia merasakan cukup hanya Allah tempat dia bergantung dan bertawakal. Sedangkan anak kecil ini begitu yakin akan ketentuan Allah tapi kita sndiri sering takut dan terfikir adakah akan ada rezeki untuk kita pada hari ni, esok dan seterusnya?

Hati Abdullah merintih dengan sebuah penyesalan, dirinya begitu malu dengan kisah anak yatim yang begitu hebat pergantungannya pada Allah itu. Hatinya ditebak perasaan sangat-sangat bersalah, dia tahu bahwa dirinya selama ini seolah-olah mempersoalkan ketentuan illahi, dia kerap memikirkan masa depannya bersama Nur Mardhiah yang sebenarnya bagaikan bayang-bayang yang tiada jaminan untuk muncul sebagai kenyataan. Dia menyesal dan tekad untuk bertawakal sepenuhnya kepada Allah mengenai "harapan masa depan" nya itu namun hati kecilnya utuh mengaharap Allah jodohkan mereka berdua. kisah anak yatim itu benar-benar mengajarkannya erti kesabaran, tawakal dan redha akan setiap jalan takdir yang telah ditentukan oleh-Nya..


Lantas.. jari-jari Abdullah terus mencoretkan sebuah luahan hati di dalam diarinya..




Andai kau tahu. aku juga harap kau tahu
Aku mengharapkanmu menjadi teman hidupku

Namun aku tidak boleh menjamin apa-apa.
Bukan aku yang menulis di lauh mafuz sana .. tapi DIA
DIA, Allah yang menjadikan dirimu dan diriku
di tangan-Nya itu sudah tertulis takdir kita yang kita tidak ketahui

Insya-Allah Jodoh tidak akan lari
jika sudah memang ditakdirkan kita bersama
Biarpun beribu bidadari datang melamar ku
Insya-Allah dirimu tetap untukku
Jika itu yang Allah kehendaki

Jodoh itu seperti rezeki
Dan ku amat berharap dirimulah
akan menjadi rezeki terindah dari Allah buatku
Namun ku insan yang tiada daya dan upaya
melainkan kekuatan yang segalanya datang dariNya

Ku mohon sungguh Ya Allah,
Kuatkanlah imanku dan imannya..
Jika dia benar untukku
Maka dekatkanlah hatiku dengan hatinya di jalan Mu,
Jika dia bukan untukku,
damaikanlah hatiku dengan ketentuan Mu

Coretan hatinya itu benar-benar membuatkan hatinya tenang. Sungguh, bertawakal kepada Allah adalah jalan terbaik untuk keluar daripada kekusutan dan kerisauan.

"Barang sesiapa yang bertaqwa kepada Allah maka Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (bagi permasalahan yang menimpa mereka). Dan juga memberikannya rezeki dari arah yang tak disangka-sangka. " (At-Talaq : 3)

Thursday, February 2, 2012

~ Andai ini solat terakhirku~

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>



Andai Ini Adalah Solat Terakhirku..

Ya Allah, Andai aku tahu ini adalah solat terakhir ku, Maka aku akan menyempurnakan wudhu dan niat solat ku Akan ku baca ayat Mu dengan penuh penghayatan dan pemahaman Akan ku penuhi sujud ku dengan doa kepada mu Akan ku basahi sajadah ku dengan air mata pengingatan terhadap Mu Akan ku biarkan derai ku mengiringi permohonan ampun ku kepada Mu

Ya Allah, Jika aku tahu ini adalah solat terakhir ku Aku tidak akan pernah menundanya walau hanya sedetik Aku tidak akan menyegerakan rakaat agar solat ku cepat selesai Aku tidak akan pernah terfikir pada urusan dunia yang sering difikiran Sungguh, Aku tidak akan pernah menyiakan kesempatan terakhir ku untuk menganggungkan asma Mu.

Tetapi Ya Allah, Apakah aku tahu, Yang manakah yang akan menjadi solat terakhirku? Tetapi mengapa aku mensia-sia waktu seolah-olah aku akan tetap hidup selamanya Yang manakah yang akan menjadi solat terakhirku?

Ketika semua yang ku lakukan hanya untuk menggugurkan kewajipankuTerburu-buru ku habiskan dialogku dengan Mu Hanya agar aku dapat segera kembali pada urusan dunia Hanya untuk mengagungkan kefanaan
Aku tidak pernah merasa perlu memohon ampunan Mu Aku belum merasa perlu bersyukur atas nafas dari Mu.

Yang manakah yang akan menjadi solat terakhirku?

Ampuni aku Ya Allah…
Astaghfirullah..

JANGAN IZINKN AKU JATUH CINTA ANDAI MASANYA BELUM TIBA.

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Wednesday, February 1, 2012

"Dakwah Aiskrim Roti: Tips Bercinta Sblm Kahwin"

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Suatu petang pukul, 6.40 petang. Seorang makcik telah diziarahi oleh anak sedara pompuannya yang umur 21 an. Lalu makcik mengajak anak sedaranya itu bertenggek di tepi sawah makan aiskrim roti.

Gadis: Makcik, saya ada baca artikel Hilal Asyraf, penulis tersohor tu. Tajuk dia, "Cinta Sebelum Kahwin Itu Ada. Halal." Tak berapa paham ah. Cuba makcik terang sikit.

Makcik: Amboi cairla eskrim makcik camni duk terang. Biasalah ayat dia tu banyak sikit bunga. Hang ni takkan tak paham. Hah apa yang tak clear?

Gadis: Cinta sebelum kawin betul ke ada?

Makcik: Ada je. Ada dua jenis. Satu, cinta sebab nak kahwin. Dua, cinta sebab nak couple. Kenapa makcik cakap ada? Satu, bila hang nak kahwin hang kena tengok dulu pasangan hang tu. Sunat kot tengok pasangan yg kita nak kahwini ni. Adakah hang nak kahwin kalo hang tak berkenan dengan pasangan hang tu?

Gadis: Of coz la nak yg berkenan di mata dan di hati!

Makcik: So, berkenan ni bila hati hang suka. Dari bibit suka tu lah timbul sayang. Dari sayang timbullah cinta. Bezanya, memula ni tidaklah cinta sepenuhnya, mukaddimah baru. Ha, ada berani kata takde rasa cinta? Jangan duk kelentong makcik org tua, lama makan garam masin dari hang. Cinta kat ajnabi ni boleh bila nak kahwin. Tapi ada syaratnya.

Gadis: Apa syaratnya? (Membulatkan mata kat makcik)

Makcik: Syaratnya betul2 nak kahwinlah. Utk orang2 yg mmg bersedia nak kahwin. Utk yang serius2 sahaja. Yang penting sekali, tidak melengah2kan proses ke arah itu. Ni berkenan dan bercinta sampai 5-10 tahun. Tu bukan cinta dah tu. Tu namanya tolong mempercepatkan proses penuaan pasangan masing2. Dah tua, tinggalkan..cari yg muda. Hak ela. Lepas dah lama bersama, baru nak kata, "kita tak seswai lah, tak sefahaman, takleh masukk.."

Gadis: Halal tu camana plak?

Makcik: Rasa cinta tu ok. Tapi yang PERGI BERCINTA tu yang tak ok. Islam suruh PERGI BERKAHWIN. Bila bercinta, nak tiru adegan2 percintaan dalam cite Korea la plak. Tu mmg tak halal. Yang halal di sisi Islam, tumbuh rasa cinta untuk segera nak kahwin.

Gadis: So camana sebenarnya cinta yg sblm kahwin ni?

Makcik: Cinta sebelum kahwin utamanya adalah cinta yang segerakan perkahwinan. Tak perlulah nak letak ikatan apa-apa "bf" or "gf". Datang ke rumah famili, "tanda" betul-betul dengan wali si pompuan. Minta izin, ikat janji dengan abah dia, "saya nak kahwin dengan anak pakcik ni". Direct je. Ikat dengan abah dulu, bukan pepandai ikat dengan anak bagi cincin tanda sendiri.

Gadis: Contact2 camana lak? Harom ke?

Makcik:Bukan takleh tepon, takleh sms, takleh chat, takleh fb, boleh je. Tapi biar berpada-pada lah. Eloknya, benda yang penting2 dan yg perlu je. Sebab sentiasa set dalam kepala, "Aku nak cakap puas2 dengan dia lepas nikah nanti." Takkanlah sampai nak call, nak sms utk bincang pasal hal2 perkahwinan dan pertunangan pun haram. Susah betul nak berkomunikasi. Macam nak kahwin ngn pokok kayu. Kalau boleh call mak ayah or org tengah, tu terbaik. Kalau terpaksa gak kena contact si empunya diri, nak wat camana kan?

Gadis: (Angguk2 olok2 paham). So camana lak bercinta bersayang-sayang sebelum kahwin?

Makcik: Kalau tatau nak kahwin bila, tatau dapat kawin ke tak..tak bolehlah. Tapi, kalau dah jumpa famili semua dan dah ada perancangan, boleh je biarkan rasa tu tapi jangan la duk luahkan rasa sangat. Agak2lah. Cakap sekali dah lah, "eii tak sabarnya nak kahwin ngn awak nii~". Ni hari2 nak cakap "sayang". Lek la luhhh!~ Eloknya, simpan terus jiwang2 hang tu utk dihamburkan lepas kahwin nanti. Kikiki

Gadis: Cinta sebelum kahwin yg terbaiknya camana?

Makcik: Cinta yang apabila kita cinta seseorang itu samada diluah atau dalam diam, menyebabkan cinta kita kepada Allah makin bertambah. Makin rajin kita bangun tahajjud malam. Makin rajin kita baiki diri. Makin rajin kita istikharah. Makin sayang kita pada Allah. Makin kita dekat pada Allah. Makin kita rasa bersyukur pada Allah. Ingat dia, ingat Dia. Tapi lebih ingat Dia dari dia. (senyum)

Bila kita kata "cinta ini kerana Allah", maka mmg patut cinta kepada Allah kita tambahkan lagi. Tapi, jika "cinta kerana tidak ada sebab selain aku dah jatuh cinta padamu", yg sebenarnya kita dah tenggelam dgn nafsu dan kemahuan hati semata-mata. Sebab kita mulai hanya nampak dia, dan kita akhirnya lupakan Dia.

Gadis: Camana lak tentang majlis kahwin mahal? Standard2?

Makcik: Kalau hang laki, hang pilih je pompuan lain kalau dah mahal sgt. Ibaratnya, aiskrim roti ni haa harganya RM1 je. Sedap je pun. Tapi hang pi gak cerdikkan diri beli Tutti Frutti yg kena timbang tu dengan harga sampai RM20 secawan. Rasa lebih kurang je padahal.

Gadis: Huhu. So macik, apa kesimpulannya?

Makcik: Tade sebab kita nak halalkan couple haram. Benda mudarat, buat apa nak halalkan. Islam tu mengutamakan "mencegah lebih baik dari mengubati." Dalam nak bercinta, cintalah ke arah nak kahwin. Jangan cinta couple memain. Senang je makcik nak tanyala pada couple yang berpacaran2, dating, bergayut2 siang malam ni:

"Hati korang rasa tenang ke dalam keadaan sedemikian?".

Couple memain ni ibaratnya macam lintah la. Janganlah jadi macam lintah. Hisap darah kita bukan main sedap, bila dah kenyang tergolek jatuh. Tapi, bekas hisapan tu berbekas sampai 2-3 hari tak hilang2. Contohnya macam lintah kat betis hang tu. kikiki.

Gadis: Apeeeeeeee~~~ Macikkkk~~~~ tulunn~~!!! (tercampak habis aiskrim roti ntah ke mana).

(Kelihatan makcik dah lama melarikan diri sebab beliau pon geli geleman ngn lintah)

**

says:TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh.

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>



Assalamualaikum semua .. ^^
tidak salah kalau kite nk berkongsikan? kalau ade sapa2 yg nk memperbaiki diri.. insyaAllah tips ni boleh membantu.. bce la ye..

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :) .

insya-Allah...♥

Tuesday, January 31, 2012

Taksub Bangsa Yahudi di Malaysia ?

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>


Assalamualaikum.. hari ni sy nak becrite skit tentang..Ketaksuban terhadap bangsa Yahudi di Malaysia?

Banyak blog-blog menceritakan kelebihan orang-orang Yahudi yang menguasai pelbagai bidang di atas muka bumi ini. Anda boleh melihat pelbagai blog yang ketaksuban tentang orang-orang Yahudi.Mereka kagum malah ada yang ingin menjadi atau mengikut cara hidup seperti mereka dalam bab makanan dan lain-lain.
Beberapa kajian telah dibuat ke atas Bangsa Yahudi namun,mereka terutama orang-orang Islampercaya tentang kajian oleh Stephen Carr mengenai bagaimana proses ‘kebijaksanaan’ Yahudiitu bermula. Menurut kajian Dr Stephan, apabila kaum wanita Yahudi (si ibu) mengandung, si lelaki (ayah) dan ibu tadi akan membeli buku matematik, menyanyi dan bermain piano dan sebagainya anda boleh rujuk di carian google.Hampir semua artikel mengenai kebijaksaan bangsa Yahudi diambil oleh orang-orang Islam dari artikel tersebut lalu disebar tentang kehebatan kenapa/mengapa- bangsa yahudi bijak dan pintar.
Amat kesian sekali,mereka tidak pernah ingin mempelajari sejarah bangsa yahudi ini didalam Al Quran sebaliknya mereka lebih percaya kajian Dr Stephen Carr .Tahukah anda,Ketua Saintis Prof Dr Maurice Bucaille? Yang mengetuai penyelidikan penemuan mayat firaun setelah Francisco Mitra menjadi Presiden Perancis pada 1981. Beliau memeluk agama Islam setelah mengetahui sebab-musabab mengapa mayat firaun tidak lupus di laut mati (Dead Sea). Setelah puas berusaha menggunakan pelbagai kaedah sains dan merujuk semua kita-kitabagama termasuk Taurat akhirnya,menemui jawapan melalui Al Quran .Bangsa Yahudi yang kononnya pandai & cerdik tidak mempunyai jawapan kepada persoalan tersebut.Sedangkan tuhan mereka Nabi Musa ( kepercayaan mereka)adalah watak utama kejadian firaun mati ditelan oleh laut ketika mengejar Nabi Musa.Sila rujuk Al Quran untuk jawapan kepada mengapa jasad firaun (kisah Nabi Musa) tidak luput sedangkan jasad firaun yang lain sebaliknya.
Kisah Tentang Kehebatan Dan Kebijaksaan Bangsa Yahudi

Berbalik tentang kehebatan dan kebijaksaan orang-orang Yahudi yang disebarkan oleh di blog-blog orang Islam.Jika jawapan kisah mayat firaun yang berabad-abad tahun tidak reput ini dapat dijawab oleh Al Quran begitu juga mengenai Bangsa Yahudi ini. Allah perjelaskan dengan nyata dan terang tentang mereka di dalam Al Quran. Sebenarnya anda tidak perlu kepada ahli sains atau sesiapa untuk menerangkannya. Segalanya ada di dalam Al Quran. “kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu”(Quran 16:89 ).
Sejarah para nabi sendiri memberitahu kepada kita,sememangnya dikalangan nabi yang ramai adalah dari bangsa Yahudi,mengapa mesti anda pelik jika Bangsa Yahudi kini adalah yang menguasai dunia? Tentang bagaimana bangsa ini bijaksana atau cerdik secara tak langsung bangsa ini juga adalah terkaya atau bilion+air rasanya itu bukan persoalan kerana telah diberitahu oleh Allah didalam Al Quran bahawasanya mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup melebihi loba orang-orang kafir musyrik(Quran 2:96). Ini bermaksud,jika anda teramat kaya atau hauskan kekayaan atau tamak dunia tahap melampau sekalipun telah Allah perjelaskan tidak akan dapat mengatasi ketamakan bangsa Yahudi ini.
Kesimpulannya, sekiranya mereka(orang-orang Islam) itu berpegang teguh atas nasihat Nabi Muhammad SAW agar berpandukan kepada Al Quran dan sunnah,tidak mungkin mereka kagum ke atas Bangsa Yahudi kerana Allah telah memberitahu kepada kita ! Malah jauh sekali cuba mengikut jejak gaya hidup orang-orang Yahudi itu, tidak kira dari segi makanan atau apa juga gaya hidup sekalipun kerana Allah telah mengatakan pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik (Quran 33:21).Maka itu hiduplah kita dalam cara Islam yang disuruh Allah. Tentang cara makan atau apa jua gaya hidup sekalipun bukanlah mereka pandai sebaliknya kita sendiri telah menjauhkan diri dari sunnah Nabi muhamad SAW bawakan.Tetapi jika anda masih ingin mengikut jejak mereka,gaya hidup mereka,ketamakan mereka maka oleh itu anda telah menjayakan maksud hadis ini.
Daripada abu sa’id al-khudri ra: “bahawasanya rasulullah saw bersabda: “kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya: “ya rasulullah! Apakah Yahudi dan nashrani yang kau maksudkan?. Rasulullah saw menjawab, :”siapa lagi kalau bukan mereka”. Hadith riwayat muslim (hadis sahih).
Bukan Salah Bangsa Yahudi Itu Sendiri
Adakah Islam itu tidak pernah mengajar gaya hidup yang baik? Ini menunjukkan kita telah jauh dari agama sehingga tidak nampak malah mencari jauh disana.Sebenarnya bukan salah bangsa Yahudi itu, sebaliknya kita sendiri yang membuta tuli percaya (copy & paste) akan kajian tersebut. Terpulanglah jika masih ada yang taksub bangsa yahudi yang dihina oleh Allah –kredit www.jomrileks.com.

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space